Kelas E-learning (Gmail)

17 Oktober 2020 | Aktiviti Terkini

Pada Khamis – 16 Oktober 2020, Pusat Internet Lubok Antu telah mengadakan Kelas asas ICT Microsoft PowerPoint yang bermula pada jam 2.00 petang hingga 2.30 petang. Kelas yang diadakan ini bertempat di bilik latihan Pusat Internet Lubok Antu dan dihadiri oleh dua orang pelajar Sekolah Rendah Lubok Antu.

Fokus utama kelas ini diadakan adalah untuk memberi pengetahuan kepada golongan muda tentang kepentingan penggunaan e-mail dalam semua perkhidmatan seperti YouTube dan media sosial. Antara perkara yang diberi keutamaan ialah, para pelajar telah diajar bagaimana cara untuk membuka akaun e-mail sendiri menggunakan Gmail. Selain itu pelajar juga diperkenalkan dengan komponen-koponen yang terdapat di dalam Gmail. Sebagai tambahan pelajar turut diketengahkan dengan cara untuk menghantar e-mail kepada orang lain.

Berikut merupakan butiran aktiviti pada hari tersebut:
1. Pengenalan kepada Gmail
2. Pendaftaran akaun baru
3. Latihan untuk menghantar e-mail
4. Bersurai

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali